Tempat-tempat menarik di Kundasang, Ranau. (Pilihan Yass Homestay)
Salam, mungkin anda tertanya-tanya di manakah tempat yang boleh dilawati apabila anda menginap di Kundasang terutamanya Yass Homestay. Di sini Yass Homestay perincikan senarai beberapa tempat beserta gambar, jarak tempat dari Yass Homestay, dan bayaran dikenakan kepada pengunjung agar anda dapat merancang kewangan & perjalanan semasa bercuti di Kundasang dan sekitarnya.
Desa Cattle Dairy Farm
Taman Kinabalu (Kinabalu Park)
Kundasang War Memorial
Sumber : Ronda di War Memorial Park Ranau
Taman peringatan berbentuk di dalam kubu atas bukit ni dibina oleh rakyat New Zealand pada tahun 1962 tapi telah dibiarkan dan rosak teruk hinggalah pada tahun 2005, taman ini telah dibina dan pokok-pokok telah ditanam semula. Di Kundasang War Memorial ni terdapat 3 jenis taman iaitu taman Australia di mana landskapnya mengikut taman-taman di Australia, taman English dan Taman Borneo.
Kolam Air Panas Poring
Kolam Air Panas Poring terletak 31.8 km dan mengambil kira-kira 40 minit perjalan dari Yass Homestay dan 17 km dari Pekan Ranau. Untuk pengetahuan juga, kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan. Tidak hairanlah setiap kali pendaki-pendaki gunung Kinabalu selesai mendaki, mereka akan pergi ke Poring untuk menyegarkan kembali tubuh yang keletihan. Selain itu juga, para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dengan ketinggian 41 meter di atas pokok. Kini Kolam Air Panas Poring juga dilengkapi dengan gelongsor dan kedai kraf tangan.Ladang Teh Sabah
Terletak 41 km dari Yass Homestay dan mengambil perjalan lebih kurang 1 jam.“Tagal” dalam dialek Kadazandusun, bermaksud ‘dilarang memancing’. Tujuan utama dari ‘tagal’ adalah untuk memelihara alam sekitar serta ekosistem untuk manfaat generasi masa depan. Di sepanjang sungai Moroli ni terdapat banyak ikan kelah yang sangat jinak. Pengunjung dikenakan banyaran untuk masuk iaitu sebanyak RM5.00 untuk warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas, RM 2 untuk pelajar dan mereka dibawah 18 tahun. Warganegara asing dikenakan bayaran RM 10. Tapi bagi mereka yang tinggal di kawasan Ranau tiket berharga RM 3 dikenakan.
Melalui bayaran tiket tersebut anda boleh mandi atau berendam kaki spa ikan kelah selama 15 minit. Bayaran makanan ikan kelah hanya RM1 sahaja, dengan memberi makan kepada ikan tersebut dapat menarik ikan-ikan datang kepada anda untuk makan (sila lihat gambar).
Ranau Paragliding Park
Ranau Paragliding Park terletak di Lohan dan berdekatan dengan Kompleks Sukan Ranau. 20 km dari Yass Homestay dengan sekitar 30 minit perjalan. Bagi mereka yang mahukan percutian ekstrim, bolehlah mencuba aktiviti udara ini dengan pilot-pilot paragliding yang bertauliah. Bayaran yang dikenakan sangat berpatutan sekitar RM 100-150 bagi tandem flight. Sebelum anda memutuskan untuk datang, lebih baik membuat temujanji terlebih dahulu atau lawat ke laman sesawang http://borneoparagliders.com/index.html. Bagi pengetahuan anda, admin merupakan pilot dan ahli Kelab Luncur Udara Kinabalu :-) .
Lain-lain tempat menarik
Gerai ini destinasi wajib singgah dan terletak di sepanjang jalan pekan Kundasang. Terdapat sayuran dan buah-buahan segar yang baru dipetik dari kebun, ia juga turut menjual cendera mata serta kraf tangan untuk dibawa pulang.
Anda boleh melawat serta membeli buah strawberry segar di sini. Terletak di Mesilau Kundasang, kawasan ini sememangnya merupakan kawasan tumpuan pelancong yang ingin merasa dan melihat tanaman strawberry ini.
Driving range ini terletak di Pekan Kundasang, dan berhadapan dengan pemandangan Gunung Kinabalu. Kos bagi aktiviti ini adalah RM0.10 bagi setiap biji bola golf.
Selepas membuat pembayaran, Sila SMS;
* Dilarang bagi pasangan BUKAN MAHRAM menginap bersama di dalam homestay
Untuk mengetahui kemudahan yang disediakan Yass Homestay sila klik SINI.
Gambar diambil dari Yass Homestay
HARGA PENGINAPAN
Sila hubungi untuk maklumat lanjut
PERTANYAAN DAN TEMPAHAN
Pn Yassiliah Watiman
Hp : 019-775 0704
PENGESAHAN TEMPAHAN
1. Sila masukkan deposit sebanyak 30% bagi satu malam.
2. Sebarang pembatalan mestilah dibuat 3 hari sebelum, jika tidak wang pendahuluan dikira hangus.
3. Tiada pengembalian wang pendahuluan namun tarikh penginapan boleh ditunda bagi mereka yang membuat pembatalan 3 hari sebelum hari menginap.
4. Selepas mendapat pengesahan pembayaran deposit, kami akan menyekat tarikh tempahan bilik homestay untuk anda . Sekiranya tiada bayaran deposit diterima dalam tempoh 48 jam dari tarikh membuat tempahan, maka kami akan melepaskan semula homestay untuk tempahan terbuka.
Maybank No Akaun:
160269073588
(Abdul Halim Abd Kader)
Selepas membuat pembayaran, Sila SMS;
1. Nama Penempah
2. Tarikh tempahan (Check-in dan Check-out )
3. Jumlah Bayaran Deposit serta Tarikh Bayaran
4. Nama Bank Penerima
5. Pakej A/B/C
PERHATIAN
* Masa Masuk Menginap (Check-In) : 2.00 PM
*Masa Keluar (Check Out) : 11.00AM
* Masa Masuk Menginap (Check-In) : 2.00 PM
*Masa Keluar (Check Out) : 11.00AM
* Dilarang sama sekali membawa makanan dan minuman yang HARAM di sisi Agama Islam ketika menginap di dalam Homestay. (Cth : daging Khinzir dan Arak)
Comments
Post a Comment